Burnout Dominator
Burnout Dominator

Burnout Dominator

Burnout Dominator adalah judul permainan video di dalam siri Burnout. Ia telah diumumkan pada 5 Disember 2006 untuk PlayStation 2 dan PlayStation Portable. Permainan ini mengekalkan gaya permainan teras bagi siri tersebut, di mana pemain berlumba pada kelajuan tertinggi melalui pelbagai acara Kembara Dunia bagi menguji teknik pemanduan "berasaskan kemahiran berbahaya". [1] Buat masa sekarang, tiada rancangan untuk manjadikan versi bagi setiap platform untuk berinteraksi antara satu sama lain.[2]Permainan ini adalah satu-satunya judul permainan Burnout yang tidak dibangunkan oleh Criterion Software, serta judul Burnout pertama sejak Burnout 2: Point of Impact yang tidak menampilkan "Mod Perlanggaran". Semasa proses pembangunan, Criterion sedang sibuk membangunkan Burnout Paradise serta menunggu untuk memperkenalkan semula mod tersebut di dalam bentuk baru bagi judul seterusnya.[3][4]